Wednesday, December 21, 2011

Same Shit Again

Aku masih terasa marah itu. Marah yang telah aku lupakan sebentar semasa menonton di panggung tadi. Di panggung tadi dewannya lengang. Mungkin kerana hari ini hari bekerja, mungkin kerana tidak ramai yang mengetahui perihal cerita yang aku tonton tadi, mungkin juga kebetulan orang tidak ramai kerana sebab-sebab lain. Itu aku tidak pasti; yang pasti aku amat seronok kerana dapat duduk dengan selesa menonton dan boleh keluar ke bilik air tanpa menyukarkan ramai orang. Melencong pula aku kali ini. Berbalik kepada sebab aku membuka cerita kali ini. Kepada perasaan marah yang timbul di tempat kerja. Marah akibat tidak dapat menahan karenah manusia sekerja. Marah kerana masa terbuang memikirkan perkara yang tidak perlu difikirkan dan marah kerana masa dibazirkan membincangkan tiada apa-apa.

Punca utama aku marah merupakan suatu perkara kecil. Sekumpulan pekerja menghadapi kesulitan melayani ketua mereka. Mereka tidak menyukai ketua mereka. Lantas pada satu mesyuarat yang telah lalu beberapa bulan sebelum ini ada wakil mereka telah hijack mesyuarat tersebut lantas menimbulkan isu penstrukturan semula organisasi peringkat cawangan yang melibatkan unit di mana aku berada serta unit mereka. Bukan sahaja tujuan asal mesyuarat telah terpesong, malah mereka telah mengeheret kami bersama untuk membincangkan perkara tersebut. Sungguh membuang masa kerana tiada sebab penstrukturan semula perlu dilakukan. Jika mereka ada masalah dengan ketua mereka seharusnya menyelesaikannya sendiri seperti orang dewasa. Bukan dengan menggunakan cara passive aggressive menjual ayat mahu penstrukturan semula walhal niat sebenar tidak mahu lagi berada di bawah ketua mereka. Nah, masalah mereka telah menyusahkan lagi beberepa belas orang yang tiada kaitan secara percuma. Seperti jualan murah: beli satu percuma satu.

Pada lewat tengah hari tadi sampai satu panggilan mesyuarat. Rentetan kepada mesyuarat-mesyuarat yang telah menetas akibat perbuatan meeting hijack  yang dilakukan oleh sekumpulan makcik. Ya, sekumpulan makcik yang kini wajah, hatta nama mereka sekalipun mendatangkan perasaan marah dan jengkel dalam hati ini. Merugikan wear and tear emosi aku sahaja. Aku tidak menyertai mesyuarat tersebut kerana diarahkan untuk menghadiri suatu perbincangan yang tidak membincangkan apa-apa. Bagus, aku tidak perlu turut serta membuang masa membuat tiada apa-apa. Lebih kurang tamat waktu kerja rasmiku, seorang rakan sekerja membawa khabar tidak baik: dilihatnya berlaku ketidakadilan dan juga kesilapan dalam data hasil perbincangan yang masih berlangsung itu. Dia menyarankan kami masuk bagi membetulkan kesilapan kecil itu serta mengelakkan ketidakadilan kecil itu menjadi lebih besar.

Intipati apa yang aku lalui dalam mesyuarat tersebut:
  • Masih membincangkan perkara yang sama, cuma ayat yang berlainan.
  • Aku dapat mengenali beberapa makhluk yang bersemangat dalam hal ini.
  • Makcik-makcik tersebut amat amat amat aku marah. Kalau mereka itu lelaki mungkin lebih baik. Boleh terus bergaduh.
  • Mereka mengadakan mesyuarat ini aku kira untuk membuat satu maneuver bagi meneruskan agenda penstrukturan semula agar mereka tidak perlu duduk di bawah ketua mereka sekarang.
  • Seperti mantera, 'SISBIL' diulang berkali-kali, menjadi modal bagi mereka meremehkan kerja orang lain, seolah-olah 'SISBIL' itu adalah perkara paling besar dalam sejarah tamadun manusia selepas roti yang dihiris.
Mahu sahaja aku menjerit kepada mereka supaya berkata apa yang mereka smahu sebenar-benarnya daripada mesyuarat tersebut. Senang, terus hadapi masalah secara terus. Buang masa dan tenaga melayan makcik-makcik kepoh. Dah menetap di bandar bertahun-tahun tetapi kekolotan tidak dapat berterus terang masih tegar.

Ada sahaja sebab untuk aku marah. Pergi mampuslah dengan makcik dua ekor serta monyet bergusi besar yang sibuk mengekori mereka itu. Pakai tudung labuh tapi perangai macam cibai. FUCK OFF!!!!

No comments: