Tuesday, April 24, 2012

Diamlah! Boleh Tak Diam Sikit!

Bos tak ada. Banyak meeting, maka tak duduk dekat pejabat dia. Anak buah ada yang otustation, pergi kursus, kena masuk banyak mesyuarat dan ada yang hilang entah ke mana. Hasilnya, pejabat kurang orang. Pejabat yang sedia senyap bertambah sunyi. Bagus. Tak semestinya sunyi itu tak buat kerja. Bagus tak banyak pencemaran bunyi. Aku lebih suka bila pejabat sunyi. Boleh fokus kepada kerja. Boleh berfikir tanpa gangguan pencemaran bunyi. Itu bagi aku adalah situasi ideal untuk bekerja. Kalau ada bising-bising bunyi orang bekerja, berbincang tu aku takde masalah. Kalau tak buat bunyi macam mana nak berkomunikasi. Takkan semua komunikasi kena buat secara atas talian.

Mula-mula tak nampak. Lepas tu ada rakan sekerja tanya dia pergi mana. Aku jawab lebih kurang begini "Entah, tak nampak pulak". Orang yang ditanya tu memang tak ada kena mengena dengan aku walaupun satu pejabat. Bukan supervisor, bukan anak buah, bukan satu pasukan, bukan apa pun. Cuma satu unit yang sama dan kami berdua dari spesis Homo Sapiens. Itu sahaja. Nothing else. Itu bukan punca masalah. Punca masalah ada dua: pertama, dia pergi bantai pasang radio. Tak ada pulak aku nak tanya dia bawa radio atau dengar secara atas talian. Itu bukan isu. Isu dengan radio ni ada dua: stesen yang dia buka itu amat hampeh, tasteless dan penuh dengan tahi yang mencemarkan ruang udara. Dari banyak-banyak stesen radio di bumi ni yang boleh dicapai dari internet, stesen sampah tu juga yang dia nak dengar. Itu hak dia, hak untuk memenuhkan telinga sampai tersumbat dengan sampah yang dinamakan muzik. Hak dia untuk tidak mempunyai citarasa. Hak dia untuk tidak tahu menikmati muzik kecuali apa yang popular di radio. Sukahatimakbapakkaulah! Tapi, masalah radio kedua ini menambahkan lagi masalah pertama. Dia buka kuat2. Tanpa memasang headphone yang aku yakin dia ada sebab aku pernah nampak dia pakai, dia selamba lembu(aku panggil lembu sebab bagi aku dia ni tak lebih dari lembu susu) dia bukak sampai aku yang duduk selang satu meja boleh dengar. Tolonglah, memang bos tak ada, tapi itu bukan boleh buat sebab kau nak buka radio sampai orang lain boleh dengar. Sila hormati hak orang lain. Orang yang tak boleh nak buat kerja bila ada bunyi bising. Orang yang tak sama taste muzik dengan engkau. Orang yang tidak menikmati tahi di radio serta repekan dan segala merapu yang keluar dari mulut DJ radio.

Punca kedua: di organisasi aku ni memang tak boleh nak sesedap hati tegur orang yang lebih berpangkat dari diri kau. Itu sesuatu yang semua warga organisasi tahu. Itu peraturan. Peraturan dan budaya yang bangang. Budaya yang menyebabkan masalah semakin parah sebab bila tidak ada periksa dan imbang, orang-orang yang lebih berpangkat akan naik lemak dan bertambah tebal ego kat muka dan perut. Punca kedua ini ditambah-tambah pula dengan si lembu susu yang pasang radio ni lebih berpangkat daripada aku(cemana dia boleh naik pangkat? Entah, aku pun ragu-ragu) dan tak ada orang biasa tegur(sound) dia. Bullshit lah kau lembu susu! Dulu pernah pakai alasan nak susukan anak untuk elak kena pergi kursus. Siap pergi betah dengan bekas bos lagi. Dah kalau malas jangan kerja lah! Duduk rumah jaga anak. Nak gaji kena kerja! Buat malu kaum pekerja je bila ada orang malas macam ni boleh naik pangkat. Kalau ikut nak jer aku tegur pasal volume radio dia tu. Haishhh... risau pulak aku tertegur lebih2 sebab memang tengah panas ni. Nasib baik aku tak ada kerja yang urgent. Nasib baik aku ada pemain mp3 dan headphone. Boleh guna untuk dengar muzik. Tapi kadang-kadang aku perlu juga sedikit kesenyapan. Nak buat kerja, nak fokus, nak berfikir kena lah dalam suasana yang kondusif.

Masalah yang aku hadapi: pencemaran bunyi akibat dari seorang lembu susu yang dok bukak radio sampah! SAMPAH!!!! SAMPAH DAN TAHI BERKUMANDANG DI RUANG UDARA PADA FREKUENSI YANG BOLEH DIDENGAR OLEH MANUSIA!!!!

No comments: