Sunday, April 22, 2012

Intropsective

Dah 2-3 hari aku bermasalah. Tak, lebih tepat aku rasa dan nak masuk 3 minggu. Ya, tiga minggu. Mujur aku jumpa masalah tu awal-awal dan dapat solusinya. Tapi solusi itu sangat berat untuk aku ambil. Amat, amat berat. Bukan berat fizikal yang boleh diukur dalam unit kg atau pound, tapi berat dalam erti kata susah seh nak buat benda tu sebab ianya bertentangan dengan diri aku sendiri dan aku tiada motivasi. Tiada penggerak. Tidak ada sesuatu untuk aku ambil sebagai pendorong untuk terus mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bila aku ada masalah, aku akan selalunya berfikir. Apa yang tak kena? Apa jalan keluar? Kalau masalah duit tu sonang jo, tunggu gaji masuk. Belanja secara berhemah. Jangan gatal-gatal pergi ushar gajet atau jejalan. Senang, habis cerita. Tapi bila badan dan minda aku rasa semacam, rasa pelik, ada sesuatu yang tak kena, itu susah sikit. Aku akan cuba tengok simptom-simptom dulu. Selepas memandai diagnos sendiri, aku tengok simptom-simptom aku adalah:
  • Malas nak buat kerja.
  • Aku tak boleh nak buat kerja.
  • Badan dan otak aku tak ikut cakap aku bila aku cuba nak buat kerja.
  • Aku kebosanan di tempat kerja.
  • Aku malas nak pergi kerja.
  • Aku rasa masa macam tak berjalan dekat pejabat.
  • Aku rasa nak ponteng kerja lepas tu duduk tergolek dekat rumah lama-lama.
  • Aku enggan bangun pagi.
  • Aku depressed di pejabat.
  • Dan banyak lagi simptom-simptom yang kecil.

Selepas diagnos simptom, aku cuba cari apa masalah aku. Burnout? Tidak, aku tak mengihidapi masalah burn out. Selepas menggoogle dan beberapa hari berfikir, masuk ke dalam diri aku mencari punca, aku temui sebab yang aku syaki menyebabkan aku menghidapi simptom-simptom di atas. Aku suka buat kerja teknikal. Bila aku tak buat kerja teknikal aku kebosanan. Bila aku kena masuk  mesyuarat yang bohsan mengalahkan siaran rtm aku bohsan. Aku buat panggilan mesyuarat guna outlook pun boleh tersalah. Tak kemaskini. Shit. Ditambah pula perisa yang aku tak suka majikan aku tapi tak boleh buat apa-apa sebab aku dah ambik duit diorang masa belajar. Dan suspeknya ialah:
  • aku ialah orang yang minat teknikal tapi tak dapat buat kerja teknikal.
  • Aku dah lama tak buat kerja yang agak mencabar otak.
  • Aku ada sedikit tenaga otak lebih yang terbazir setiap hari.
  • Aku memang, memang tak boleh buat benda yang aku tak minat.

Nah, senang sahaja. Akar umbinya, aku ni ada perangai diva yang enggan buat apa-apa kecuali apa yang aku minat. Aku tak boleh nak berperangai professional dan buat je segala yang disuruh. DAMN sungguh aku ni. Kalau terer tahap sifu takpe jugak. Ni tak terer DAN malas. ARGHHHH!!!!!!! Lapar la plak.

Bersambung.

No comments: